16 Julai 2024, rakan sekerja dan keluarga besar City- Link Express dari Central Region 1 – Klang Valley dengan kepimpinan Puan Kalsom Bt.Radjali Regional Manage CR1, bersama semua cawangan Klang valley (KUL, BCA, RWN, CRS, BUG, KJG, SKB, KLG, STA, TPM, PJY, PUC, WMJ, JSB, BNT, SJA, KKM, KDM, AMP, KSG and USJ) menganjurkan Program Assyura, sempena meraikan hari mulia Awal Muharram 2024 bulan ini.
Program tersebut juga diadakan untuk merapatkan hubungan silaturrahim bersama pasukan rider despatch, pemandu delivery, dan rakan sepasukan City-Link Express sekali memupuk semangat kebajikan, dan turut meningkatkan kesedaran masyarakat di kawasan seluruh Klang Valley.
Acara ini melibatkan 24 kakitangan CR1, termasuk 21 BIC, seorang admin, Pengurus Wilayah, dan Penolong Pengurus Wilayah, bersama juga 3 kakitangan tambahan dari Jabatan Komunikasi dan Pemasaran City-Link Express.
Kakitangan bekerjasama dari jam 7pagi sehingga 4petang dalam penyediaan memasak Bubur Lambuk traditional, Bubur Assyura, dan masakan traditional. Kami berasa amat gembira kerana turut menyediakan pengagihan Bubur Lambuk & Assyura, kepada jumlah 420 orang, termasuk 85 pelajar Tahfiz dari Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam Tahfiz ~Ustaz Ishak Baharom, 30 jemaah masjid dari Masjid Kampung Permatang Pasir, dan lebih 100 jiran tetangga di kawasan Banting, Klang.
Inisiatif ini menekankan nilai- nilai perkongsian, kesyukuran, dan penghargaan budaya, sambil berterima kasih kepada tuan rumah Puan Rahimah Binti Ramli, Penolong Pengurus RM, serta keluarga yang menyediakan kami kawasan untuk kakitangan terlibat dalam aktiviti Assyura. Kami berharap program CSR sebegini dapat diteruskan pada tahun yang akan datang dengan lebih meriah lagi.
~ Adam Uqail bin Azizani