About Us
 
   
 
 

Press Releases Go To Archieve

Kakitangan City-Link Bantu Valarmathi

Date: 25 Nov 2011

PUCHONG – Seramai 10 orang kakitangan City-Link Express (M) Sdn. Bhd. dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan berganding bahu membantu keluarga miskin, S. Valarmathi dan lima anaknya melalui sumbangan wang tunai, makanan dan pakaian.

Wakil kakitangan berkenaan, P. Kalai Selvi, 26, berkata, dia dan rakan-rakan sekerjanya yang lain berasa simpati dengan kesusahan hidup Valarmathi selepas membaca berita mengenainya yang disiarkan dalam Kosmo! baru-baru ini.

“Melihatkan keadaan ibu muda ini terpaksa menanggung segala-galanya seorang diri, kami berpakat untuk membantunya.

“Hampir 30 staf dari bahagian lain turut menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan dapur, makanan dan wang tunai,” katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada Valarmathi di sini semalam.

Kosmo! pada 15 November lalu melaporkan Valarmathi, 28, ibu kepada lima anak hidup dengan wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan sejak tiga tahun lalu.

Kehidupan Valarmathi amat sukar apabila suaminya dihukum penjara kerana kesalahan dadah empat tahun lalu manakala wang bantuan yang diterima hanya cukup untuk membayar sewa rumah mereka di Flat Sri Dahlia, Bandar Puteri di sini.

Menurut Kalai Selvi lagi, pihaknya akan membantu menyediakan peralatan untuk Valarmathi memulakan perniagaan menjual bunga-bunga segar bagi menambah pendapatan.

Sementara itu, Valarmathi memberitahu sejak kisahnya disiarkan di Kosmo!, ramai yang datang membantu.

“Terima kasih kepada kakitangan City-Link Express kerana bermurah hati membantu saya. Sejak dua minggu lalu, anak-anak saya tidak lagi berlapar dan dapat makan setiap hari,” jelasnya.




Back To Press Releases

 
 

 
 
 
 
  Forgot your Password?
Remember Me

 
     
E.g: 099999999999999
 
  Help